Tuesday, October 20, 2009

Prosiding Ditangguhkan Lagi...

Pada tarikh 8 Okt 2009, saya telah dipangil ke pajabat HEPA UM untuk menerima surat secara hantaran tangan (surat penting katanya). Isi surat tersebut ialah saya telaha dituduh kerana menjemput YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad iaitu Adun Seri Setia merangkap SU Politik kepada MB Selangor untuk beliau memberikan ucapan perasmian dalam Mesyuarat Agung Tahunan PMIUM. AGM tersebut berlangsung pada 14 Mac 2009.

Tuduhan tersebut menyatakan bahawa saya telah melanggar peraturan dan statut UM (1979) berkaitan dengan badan-badan pelajar iaitu tidak boleh melibatkan seseorang yang bukan ahli persatuan/badan pelajar dalam pentadbiran, aktiviti, dan fungsi badan pelajar.

Prosiding telah dijadualkan pada 12 oktober 09 (isnin) pada pukul 9.45 pagi. Surat tersebut menyatakan sekiranya saya gagal hadir, saya akan digantung pengajian serta merta.

Pada harai 12 oktober tersebut, saya telah hadir ke pejabat HEPA. Bersama-sama dengan saya pada hari tersebut ialah 7 lagi mahasiswa yang dikenakan prosiding dengan tuduhan serupa. 2 dari PMIUM (saya dan abu ubaidah, pengarah AGM), dan 6 dari PBCUM (kerana menganjurkan debat antara ahli politik MCA dan DAP). Namun, malangnya pada hari itu, setelah hampir 4 jam menanti prosiding masih belum dijalankan. Tiba-tiba kami dimaklumkan bahawa prosiding ditangguhkan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Penangguhan tersebut katanya atas sebab-sebab menjaga kemaslahatan bersama.

Petang tersebut, sekitar jam 4.45 petang (sebelum habis waktu pejabat), saya sekali lagi telah mendapat panggilan dari pejabat HEPA menyatakan bahawa tarikh prosiding ialah pada 20 oktober 09 (selasa). Tempat di dewan persidangan, menara kejuruteraan, Fakulti kejuruteraan. Masa yang sama.

Pada hari tersebut, saya dan kawan kawan telah hadir ke tempat yang dinyatakan. Rupanya tempat ditukar kerana pada waktu yang sama datuk mukhriz mahathir datang ke KPS (berhampiran dengan pejabat HEPA). Mereka bimbang ahli-ahli PMIUM dan PBCUM mengambil kesempatan tersebut.

Peristiwa yang sama berlaku sekali lagi. Hampir 4 jam kami menunggu prosiding masih belum dijalankan. Kami akhirnya di panggil dan diberitahu bahawa prosiding ini ditangguhkan dengan sebab-sebab yang tidak boleh dinyatakan oleh mereka...

Sehingga hari ini (21 okt 09) saya masih belum mendapat sebarang panggilan dari HEPA berkenaan dengan tarikh prosiding yang baru.

Saya merasa kecewa dengan sikap yang telah ditunjukkan oleh pegawai-pegawai HEPA yang kelihatan tidak serius dan bertanggung jawab terhadap tuduhan yang diberikan. seharusnya perbicaraan dijalankan sebagaimana prosedur yang ada. soal bersalah atau tidak adalah bergantung pada perbicaraan tersebut...

Yang kedua ialah berkaitan dengan statut yang digunakan. AUKU 1971 yang telah dipinda pada 1975 pun telah dipinda sekali lagi pada 2009 demi mengikut kehendak semasa. Mengapa UM masih merasakan bahawa statut 1979 masih relevan?

Persatuan-persatuan lain juga menjemput orang-orang dari luar persatuan untuk terlibat dalam perbagai aktiviti mereka. kenapa hanya kami yang dikenakan charge? adakah statut ini hanya terpakai pada PMIUM dan PBCUM sahaja? Ironinya, pada ahad 18 okt 09, selepas kami dituduh pada 13 okt, Shahrizat jalil telah masuk ke dalam kampus UM dan terang-terangan berkempen politik dan mesyuarat agung UMNO. Kenapa ia tidak menjadi isu dan kesalahan besar? Di sini.

Wednesday, October 14, 2009

Saya kena prosiding...

Sudah agak lama saya tidak menjegah ke blog untuk menulis lantaran kesibukan harian. Namun kali ini hati saya terpanggil kembali untuk menulis. Apa yang saya ingin coretkan kali ini ialah berkaitan dengan senario kampus yang saya telah lama tidak berbicara tentangnya...

Baru-baru ini, saya dan beberapa rakan yang lain telah dipanggil oleh HEPA untuk berhadapan dengan Jawatankuasa Tatatertib Universiti Malaya. Rujuk di sini. Kami telah dituduh menjemput orang luar iaitu selain dari ahli persatuan pelajar untuk terlibat dalam aktiviti persatuan iaitu dengan memberikan ucapan. Mula-mula saya baca surat prosiding tersebut, saya agak terkejut. Inikah kesalahan yang telah aku buat? Apakah dosa aku membenarkan YB Nik Nazmi berucap dalam AGM PMI?

Setahu saya dia tidak buat ucapan yang menghina Universiti, menghina negara, menggugat keselamatan awam, dan sebagainya. Rujuk di sini. Beliau hanya bercakap mengenai mahasiswa Islam mempunyai tanggungjawap besar kepada pembangunan masyarakat. Beliau juga menggagaskan supaya mahasiswa harus berdiri di atas idealisme mahasiswa tanpa perlu untuk menjadi pak turut kepada mana-mana parti politik. Rujuk di sini.

Saksi yang hadir pada hari itu ramai, bukan ahli PMIUM sahaja. SB UM ada, Pengawai Keselamatan ada, wakil HEPA ada, SB Brickfield pun ada. Bukan setakat ambil gambar, yang catat nota dari awal sampai habis ucapan pun ada...

Bila agaknya Persatuan-persatuan pelajar di UM dapat mengecapi kebebasan bersuara dan bertukar pendapat. Kalau nak kena ikut rule HEPA, nampaknya semua persatuan kena buat program syok sendiri je la dengan sesama ahlinya sahaja...