Wednesday, March 10, 2010

Wafatnya Syeikh al-Azhar Dr Sayed Tantawi

1. Semalam telah perginya seorang tokoh yang telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam dunia Islam kontemporari.

2. Dr. Muhammad Sayed Tantawi (82 tahun) meninggal dunia pada pagi Rabu (10 Mac 2010) di Lapangan Terbang Riyadh, Saudi iaitu beberapa ketika sebelum pulang ke Kaherah, Mesir. Punca kematian beliau ialah akibat serangan jantung.

3. Beliau telah berkunjung ke Saudi untuk menyertai Majlis Penyampaian Hadiah al-Malik Faisal peringkat Antarabangsa.

4. Sheikh Tantawi dilahirkan pada 28 Oktober 1928 di Kampung Thama di Negeri Suhaj, Mesir. Bapanya telah menghantarnya untuk menuntut ilmu di al-Azhar sehinggalah beliau muncul sebagai pelajar yang cemerlang.

5. Beliau kemudiannya menyambung dalam Kuliyyah Usuluddin sebelum menjadi tenaga pengajar di tempat yang sama. Beliau kemudiannya memohon untuk mengajar di Libya selama 4 tahun.

6. Beliau memperolehi Ijazah Kedoktoran (phD) dalam bidang Tafsir dan Hadith pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi Ketua dalam pengajian tinggi di Universiti Islam Madinah.

7. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Mufti di Mesir pada 28 Oktober 1986. Beliau berkhidmat sebagai Mufti selama 10 tahun.

8. Selepas tamat perkhidmatannya, beliau telah dilantik menjadi Sheikh al-Azhar al-Syarif.

Monday, March 8, 2010

Cabaran Menulis Blog

1. Sekarang ialah era maklumat. Hampir semua orang, jabatan, institusi, dan lain-lain ada laman sendiri dalam internet. Bezanya aktif atau tidak sahaja.

2. Dah lama saya tak update blog. Selain sibuk dengan kerja. Isu yang nak diberikan fokus juga banyak.

3. Saya pula lambat menaip... Hmmm...