Saturday, July 31, 2010

TAUBAT KEPADA ALLAH

Pendahuluan

Dalam diri manusia terdapat dua perkara yang saling berlawanan iaitu akal dan nafsu. Bila akal menguasai jiwa, seseorang itu akan melakukan perkara yang diperintahkan oleh Allah. Tapi sebaliknya jika nafsu yang menguasai, maka manusia tersebut akan melanggar segala perkara yang ditetapkan oleh Allah SWT. Manusia tidak dapat lari dari melakukan kesalahan dan dosa kepada Allah SWT. Maka bilamana seseorang itu melakukan perlanggaran kepada syariat Allah, maka dia wajib bertaubat memohon supaya dosanya diampunkan olh Allah SWT.

Kriteria orang yang bersalah

Firman Allah maksudnya: “Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.[1]

Maksud dalam ayat diatas, berkaitan dengan orang yang melakukan kejahatan atau dosa ialah:

1. Orang yang berbuat maksiat dengan tidak mengetahui bahwa perbuatan itu adalah maksiat kecuali jika difikirkan lebih dahulu.

2. Orang yang derhaka kepada Allah baik dengan sengaja atau tidak.

3. Orang yang melakukan kejahatan kerana kurang kesedaran lantaran sangat marah atau kerana dorongan hawa nafsu.

Antara lain yang dinyatakan dalam ayat tersebut ialah Allah SWT menerima taubat yang dilakukan segera sejurus menyedari apa yang dilakukan tersebut adalah suatu maksiat. Ini kerana budaya yang sering dilakukan oleh manusia ialah mereka suka melengah-lengahkankan taubat.

Dalam ayat seterusnya Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang", dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah kami sediakan siksa yang pedih”.[2]

Dalam ayat ini menjelaskan pengakhiran bagi orang yang melengah-lengahkan taubat. Akhirnya mereka mati dalam keadaan tidak diampunkan oleh Allah SWT.

Taubat perlu disusuli amalan soleh

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan (ingatlah) suatu hari (ketika) Allah menghimpunkan mereka beserta apa yang mereka sembah selain Allah, lalu Allah berkata (kepada yang disembah); "Apakah kamu yang menyesatkan hamba-hamba-Ku itu, atau mereka sendirikah yang sesat dari jalan (yang benar)?".


[1] Surah Al-Nisa’: Ayat 17.

[2] Ibid, ayat 18.



No comments: