Friday, January 21, 2011

Makin Ramai Rakyat Malaysia Membaca

Ilmu itu datangnya melalui pembacaan dan penulisan. Kerana itulah al-Quran dalam surah al-'Alaq ada sebut, maksudnya:

"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan (1) Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah (2) Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah (3) Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan pena (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (5) Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas (6) Kerana dia melihat dirinya serba cukup (7) Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmulah kamu (akan) kembali (8)

Bila sesebuah masyarakat tersebut, aktiviti membacanya kurang, penerbitannya juga kurang akibat tiada penulisan, maka sudah pasti masyarakat tersebut akan mundur. Ini boleh berlaku meskipun masyarakat tersebut dilihat seolah-olah telah maju dari segi prasarananya. Namun hakikatnya masyarakat tersebut adalah mundur dari segi pemikiran, akhlak, adab, dan tingkah laku dalam kehidupan seharian. Itulah sebabnya kita boleh tengok, orang yang hidupnya mewah, serba-serbi cukup, namun mempunyai akhlak dan tingkah laku yang buruk. Ini tidak menyenangkan. Ia bukanlah suatu kebahagian pada dirinya dan masyarakat sekelilingnya.

Dulu waktu di sekolah menengah, saya dan kawan-kawan sering dimomokkan dengan oatak orang Melayu yang masih segar dan laku untuk dijual kerana neuron-neuronnya tidak banyak yang digunakan. Ini kerana orang Melayu dikatakan malas membaca, apatah lagi untuk berfikir perkara-perkara yang kompleks. Ini berbeza dengan otak-otak bangsa lain seperti orang Eropah, Jepun, dan lain-lain. Antara yang disebut juga ialah purata rakyat Malaysia membaca buku adalah 1 buku untuk 1 tahun. (Nasib baik tak 1 buku untuk 1 Malaysia, lagi la sempit otak bangsa Melayu jadinya.)

Pernah juga saya mendengar dari ibu saudara yang kerja di DBP, kenapa karya penterjemahan di negara ini agak lembab berbanding negara-negara lain. Katanya, disamping kurangnya tenaga pakar, kuasa membaca rakyat Malaysia tidak setinggi negara lain. Ia sekaligus mendorong kepada penurunan graf jualan dan keuntungan bagi karya-karya ilmiah dan terjemahan. Perkara ini juga menyebabkan tiada syarikat-syarikat penterjemahan dapat konsisten dan menyumbang dengan baik. Semuanya bergantung kepada badan-badan kerajaan seperti DBP, Insitut Terjemahan Negara. Pun begitu, badan-badan tersebut juga tidaklah terlalu aktif memandangkan minat membaca yang lemah di kalangan rakyat Malaysia.

Namun momokan tersebut kini tidak lagi kedengaran. Minat membaca di kalangan rakyat Malaysia kini telah meningkat. Terbaru, boleh baca di sini. Tabiat membaca di kalangan orang ramai meningkat sedikit sebanyak 1.3 peratus tahun lepas dengan 56,676 telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan tempatan di seluruh negara, menurut statistik Perpustakaan Negara.

Bagus juga Perpustakaan Negara mengeluarkan statistik tersebut. Namun, masih ada persoalan yang timbul di benak saya. Apakah bahan bacaan yang meningkat tersebut menyumbang kepada tamadun bangsa sebagai sesuatu yang positif atau sebaliknya. Kalaulah yang meningkat tersebut adalah seperti membaca komik atau majalah-majalah hiburan, ia akan merosakkan dan bukan lagi membina masyarakat. Mungkin statistik tersebut perlu diditilkan lagi.

Saya juga tumpang gembira kiranya masyarakat ini adalah masyarakat yang membaca. Ini kerana masyarakat akan terbina pemikiran mereka dari satu tahap ke satu tahap yang lain. dari hanya sekadar membaca, berubah kepada kefahaman, dan akhirnya mampu untuk menilai dan mengulas sesuatu perkara. Labih hebat lagi ialah banyak idea-idea baru yang muncul menerusi pembacaan-pembacaan tersebut.

Pada saya, pembacaan ada dua kategori. Satunya ialah membaca buku atau tulisan. satu lagi ialah membaca dengan meneliti alam sekeliling. Ia lebih tepat untuk dikatakan belajar dari pengamatan terhadap pengalaman. Oleh sebab itu, ramai kanak-kanak mampu untuk belajar meskipun asalnya buta huruf.

Apa yang saya ingin kaitkan ialah rancangan-rancangan di TV dan Radio yang tidak banyak membantu perkembangan minda secara positif kepada masyarakat. Ini kerana, meskipun berlaku peningkatan tabiat membaca, namun ia masih kecil jika dinisbahkan dengan keseluruhan rakyat Malaysia. Ini bermakna, sebahagian besar rakyat bergantung kepada media massa untuk menambahkan pengetahuan dan maklumat.

Amat malanglah kiranya mereka terdedah dengan media massa namun maklumat dan ilmu pengetahuan mereka tidak bertambah. Saya teringat kata-kata Dr Asri dalam kelas. Orang PR kalau boleh nak harga barang naik lagi supaya boleh mainkan isu ini dan meraih sokongan masyarakat. Begitu juga dengan BN, kalau boleh biarlah orang PR terus krisis dan buruk supaya mereka dapat undi rakyat. Sama juga macam doktor, kalau boleh biarlah orang sakit supaya pendapatan mereka bertambah (tak semua doktor ya).

Mungkin ada kebenarannya...

Antara Kuching Dan Penang...

Alhamdulillah, penantian selama ini berakhir. Setelah melalui ujian MTEST dan temuduga, akhirnya keputusan KPLI-Jqaf ambilan Januari 2011 memihak kepada saya. Namun begitu ada masalah di sebaliknya iaitu saya kena ke Kuching!!!

Hmm, semalam ada jiran belakang (yang anaknya juga dapat KPLI-Jqaf, tapi kat Penang ja) beritahu, "Ala, kat Sarawak pun tak nak pi...". Haha, nada itu agak sinis. Tapi saya punya pertimbangan yang berbeza dalam isu ini.

Mungkin ada yang hairan kenapa saya menolak tawaran ini memandangkan sebelumnya saya beriya-iya ikuti MTEST dan sesi temuduga. Memang benar, saya bercita-cita ingin menceburkan diri dalam bidang pendidikan sebagai kerjaya walau apa jua peringkat (tak termasuk pra atau tadika la). Lantaran itulah saya memohon KPLI-JQAF.

Dalam masa yang sama, saya kini dalam semester yang kedua pengajian di USM. Masih berbaki sekurang-kurangnya satu semester lagi untuk menamatkan pengajian di peringkat M.A. Rasanya, kalau dapat KPLI-Jqaf dalam semenanjung hatta Johor pun saya masih boleh menerimanya. Ini kerana saya perlu berulang seminggu sekali ke Penang untuk mengikuti kelas.

Ada yang bertanya kenapa saya mohon juga kalau dah tahu masih belajar. Sukar juga nak jawab soalan ini. Pada asasnya pengajian saya di USM tidak dibiayai oleh mana-mana biasiswa. PTPTN pun tak nak minta. Dah serik. Jadinya, saya memerlukan pendapatan sendiri untuk membiayai pengajian di samping keperluan-keperluan untuk membeli buku-buku. Kebanyakan buku-buku tersebut harganya tinggi.

Dulu saya pernah jadi guru ganti Jqaf di PJ. Ada seorang ustaz Jqaf di situ beritahu bahawa Jqaf ni kalau minta, tak kena hantar pergi Sabah atau Sarawak. Berbeza dengan KPLI atau DPLI yang lain. Jadi atas sebab itulah saya minta Jqaf. Haha, yang berlaku adalah sebaliknya. Mungkin keadaan kini telah berubah.

Mula-mula baca keputusan tersebut, ada juga terdetik di hati rasa gembira. Gembira sebab dapat kembali semula ke Sarawak. Terubat juga rindu untuk ke sana. Dulu masa kecil-kecil, saya pernah duduk di Sarawak. Sempat la belajar tadika hingga darjah 3 di sana. Bila balik ke semenanjung kawan-kawan panggil saya 'budak Sarawak' sebab tak boleh cakap semenanjung. Kalau dapat pergi ke sana seronok juga, dapat eratkan hubungan dengan keluarga angkat di sana. Meski tak pergi berkursus di sana, azam dan cita-cita tersebut masih jua di hati ini :)

Cerita pula di Penang. Kat sini saya masih banyak tugasan selain menyambung pengajian. Jadinya, kalau tiba-tiba meng'hilang'kan diri ke Sarawak, jem habis kerja-kerja di sini. Dulu masa di kampus, sering juga guru-guru menyebut, seorang da'ie kalau dia dicampak ke daratan menjadi gunung, dicampak ke lautan menjadi pulau. Maknanya ke mana sahaja kita pergi, tempat tersebut akan subur dengan Islam. Walau pun kita berseorangan.

Mungkin kata-kata tersebut boleh dibuat peringatan bersama terutamanya kawan-kawan yang seangkatan dengan saya yang dapat KPLI-Jqaf ke Sabah dan Sarawak. Janganlah kita ini hanya mengejar elaun dan kerjaya semata-mata tanpa ada sebarang sumbangan kepada masyarakat sekeliling. Meskipun hanya mengajar di sekolah rendah, hakikatnya kita adalah seorang ustaz atau ustazah. Masyarakat sekeliling memerlukan kita untuk menasihati dan membimbing mereka ke arah Islam yang sebenar.

Wallahu a'lam

Monday, January 17, 2011

Menuju PAS Baru Dan Dr. Mujahid

Dua minggu sudah, saya menggagau ke banyak kedai buku untuk mencari buku kontroversi ini. Oleh kerana buku ini separa akademik, berunsur politik pembangkang, malah berunsur kritikan kepada PAS sedia ada, maka buku ini agak sukar dicari dikedai-kedai buku biasa. Orang PAS pun tak jual. Mungkin kebanyakan mereka menolak. Akhirnya, saya mendapat tahu ia dijual di kedai buku POPULAR di Bandar Perda, Seberang Prai. Itu pun katanya dah tinggal 4 naskhah. Namun, sebelum sempat ke sana, seorang teman telah berbesar hati mendapatkannya untuk saya. Thanks.

Setelah tamat membaca buku ini, alhamdulillah, Ahad lalu (16hb Jan 2011) saya berkesempatan mengikuti program diskusi buku "Menuju PAS Baru" bersama dengan Dr. Mujahid Yusuf Rawa sebagai penulis dan guru saya, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin selaku pengulas akademik. Program anjuran Ilham Centre di Dewan Millenium Pulau Pinang ini mendapat sambutan dari banyak pihak.

Antara yang hadir ialah masyarakat setempat terdiri dari orang kebanyakan dan ahli PAS sendiri, remaja, dan tak kurang juga mahasiswa-mahasiswa dari kampus-kampus berhampiran. Yang agak mengejutkan, ada juga yang sanggup datang dari jauh, antaranya dari Kulim, Baling, dan Perlis. Saya cukup yakin, idea Dr. Mujahid ini adalah sangat relevan buat generasi baru sekarang.

Secara umumnya, roadshow pembentangan dan diskusi ini bolehlah dinilai berjaya dalam siri di Utara ini.

DUA TEORI BESAR

Dalam penulisan beliau, Dr. Mujahid telah mengutarakan dua teori besar yang menjadi tunjang kepada penulisan beliau iaitu 'Teori Lekuk S Pembelajaran' dan 'Teori Krisis'. Lekuk S Pembelajaran bermaksud adanya titik permulaan dalam bentuk graf yang semakin meningkat dan menuju ke puncak sebelum menurun semula. Ia seperti bentuk S yang condong. Teori krisis pula ialah faktor-faktor pertembungan dan gelodak yang menyebabkan lemahnya sesuatu lekuk dan mendorong kemunculan lekuk baru.

Hakikatnya, idea ini telah berlegar di kalangan mahasiswa sebelum terbitnya buku "Menuju PAS Baru" lagi. Bahkan lebih tepat untuk saya katakan, sebelum Dr. Mujahid mendapat Ph.D beliau dari UM. Sewaktu saya masih mahasiswa di UM dulu, dalam banyak pertemuan bersama beliau, idea-idea Lekuk Ketiga ini telah banyak dikumandangkan.

Dr. Mujahid telah mengetengahkan lekuk kedua sebagai 'kepimpinan ulama' dan lekuk ketiga yang akan terbentuk akan datang ialah 'menasionalkan PAS'. Oleh kerana idea ini agak baru dalam masyarakat khususnya ahli PAS sendiri, maka rata-rata membantah dan menyatakan seolah-olah Dr. Mujahid mengatakan kepimpinan ulama dalam PAS kini lemah dan sedang mengalami penurunan dalam grafnya.

Pada saya, normal la. Dr. Mujahid pun ada kata, PAS bukan parti yang dipimpin oleh Malaikat, ahlinya Malaikat, dan penyokong serta pengundinya Malaikat. Hakikatnya, PAS adalah organisasi yang kompleks yang dianggotai oleh berbagai jenis orang. Amat malang lah PAS kerana telah mempunyai ahli yang ta'sub sehingga men'taqdis'kan PAS. Ahli yang sebegini akan menolak sebarang idea perubahan dan tidak dapat berfikir jauh dan lebih luas dari itu.

KEMPEN DAN KESUNGGUHAN

Saya kagum dengan kesungguhan yang ditonjolkan oleh Dr. Mujahid. Beliau sanggup berhempas pulas mengkaji berkaitan dengan PAS dalam tesis Phd nya sekali gus menjadikan PAS dan sejarahnya bertaraf akademik. Saya ingat, tak ada lagi setakat ini tokoh-tokoh PAS yang berbuat begitu. Kebanyakan tokoh yang ada pun, tajuk Phd nya tak berkaitan pun dengan gerakan Islam.

Selain mengkaji dan menulisnya sebagai hasil akademik, Dr. Mujahid sendiri adalah AJK PAS Pusat. Beliau dalam masa yang sama juga merupakan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat. Dewan ini juga tertubuh antaranya adalah hasil usaha gigih beliau untuk menonjolkan PAS adalah untuk semua, PAS for ALL.

Dengan kesungguhan yang beliau telah tonjolkan, harusnya pimpinan tertinggi dalam PAS mengambil perhatian penting terhadap usaha ini. Ia bukan datang dari hasil angan-angan orang-orang kebanyakan, tapi hasil kajian akademik. Pada saya, suatu kesilapan besar para pimpinan tidak memberikan perhatian dan membiarkan idea ini menyerap masuk ke dalam masyarakat tidak melalui mereka.

Dr. Mujahid ada mengatakan idea ini adalah untuk generasi muda kini, ia tidak bersifat 2 atau 3 tahun ke depan, namun 20 atau 30 tahun akan datang. Tidak mustahil juga lekuk ketiga ini akan mengalami zaman penurunannya pada penghujungnya dan diganti dengan lekuk keempat.

Apapun, Dr. Mujahid akan terus bergerak. Beliau akan ke Selatan, Timur, dan Tengah tanah air dalam siri-siri 'roadshow'nya akan datang.

KESIMPULAN

Walaupun agak simplistik, saya bersetuju dengan Dr. Mujahid dan saya mengandaikan lekuk keempat adalah bagaimana PAS sebagai peneraju utama kerajaan persekutuan. Ia mungkin dalam bentuk yang lebih praktikal dari yang dibayangkan kini. Namun, ia boleh berubah kepada bagaimana PAS sebagai suatu parti dibawah kerajaan PR. Semuanya itu bergantung kepada bagai mana lekuk ketiga ini muncul dan mengalami perkembangannya. Iaitu sama ada secara normal atau terencat.

Thursday, January 13, 2011

Khutbah Jumat: Masihkah kita lalai?

Khutbah Jumaat

Masjid An-Najah, Padang Serai

14 Januari 2011

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته،

الحمد لله رب العالمين نحمده ونستعينه ونعوذ بالله من شرور انفسنا ومن سيّئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضلّله ومن يضل فلا هادى له، أشهد أن لا اله الا الله وأشهد أنّ محمدا عبده ورسوله، اللهم صلّى وسلّم وبارك على محمد وعلى آله واصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين.

أمّا بعد،

فيا عباد الله اتّقوا الله، أوصيكم وإيّاي بتقوى الله، فقد فاز المتقون.

Firman Allah SWT di dalam al-Quran:

ƒŸžMaksudnya:

Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

(Surah Ali ‘Imran: 102)

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT. Marilah kita bersama-sama melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita, dan marilah bersama-sama kita meninggalkan apa yang telah dilarang oleh Allah SWT untuk kita melakukannya. Bersama-sama kita mengajak dan melakukan perkara yang ma’ruf, serta bersama-sama kita mencegah dan meninggalkan perkara yang munkar lagi maksiat.

Ini satu-satunya perkara yang harus kita genggam erat jika kita mahukan kepada kemenangan dari Allah SWT. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan.

(Surah al-Naba’: 31)

Tuan-tuan sekalian, selama ini tidak pernah terpadam di dalam hati dan sanubari kita api rindu yang membara untuk mendapatkan syurga Allah SWT di akhirat sana. Syurga yang di dalamnya dipenuhi nikmat serta sarat dengan kebahagiaan. Syurga yang penghuninya pasti sekali-kali tidak akan dirundung dukacita dan malang. Ya, tuan-tuan. Syurga ini akan Allah SWT kurniakan kepada kita andainya kita bertaqwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu berada dalam taman-taman (syurga) dan mata air-mata air.

(Surah al-ZariÉt: 15)

Tuan-tuan sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Suatu ketika dahulu kita mendengar umat Islam pernah membangun dan mencapai kegemilangannya. Bermula dari usaha yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w secara bersendirian. Dakwah ini kemudiannya berjalan terus-menerus, berkembang sedikit demi sedikit tanpa mengenal erti menguncup. Dari hanya kelompok kecil dan minoriti di Kota Mekah berubah menjadi penguasa yang menubuhkan negara Islam di Negara Madinah.

Umat Islam yang awalnya ditindas hak-hak kebebasan, dirampas harta-harta mereka bahkan dipulau oleh masyarakat, kini mereka mula menguasai sektor ekonomi malah muncul dari kalangan mereka tokoh-tokoh korporat seperti Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf, yang sekali gus melonjak ekonomi Madinah dari hanya pekan-pekan kecil yang dikuasai Yahudi menjadi pusat-pusat dagangan di tangan mereka. Ekonomi yang bukan sahaja mampu membiayai peperangan Badar, memulihkan kelukaan Uhud, seterusnya untuk perbelanjaan Khandak, Khaibar, pembukaan Kota Mekah dan Hunain malah ekonomi yang mampu menghantar ketumbukan-ketumbukan pejuang Islam menentang empayar Rom di Mu’tah dan Tabuk.

Tidak cukup sekadar itu, Islam terus berkembang pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq dengan penguasaan Iraq dan Syiria. Malah pada zaman Khalifah Umar, umat dunia menyaksikan kepesatan pelebaran wilayah Islam dengan menawan sebahagian besar empayar Rom, membuka Baitul Maqdis, dan meruntuhkan empayar Kisra, Parsi.

Zaman khilafah selepasnya juga menyaksikan umat Islam membangun dan membina tamadun mereka dengan gemilang. Tamadun dan kegemilangan Islam tidak hanya dirasai oleh kaum-kaum Arab semata-mata, ia turut dikongsi oleh bangsa-bangsa lain seperti Afrika, Kurdish, Sepanyol, dan Turki. Kita pernah mendengar kisah-kisah penaklukan Jerusalem di Palestin oleh Sultan Salahuddin. Beliau adalah dari puak Kurdi. Kita pernah mendengar kisah-kisah penaklukan Kota Konstantinopel yang menjadi ibu kota Byzantine, Rom oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Beliau adalah dari bangsa Turki.

Islam juga turut tersebar ke merata dunia seperti Cina dan India melalui jalan perdagangan dan pernah tiba di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Dengan tibanya Islam di Tanah Melayu, agama nenek moyang kita mula berubah dari menganut agama Hindu-Buddha tinggalan Majapahit kepada agama Tauhid. Dari bertelanjang bulat kepada menutup aurat. Dan dengan Islam juga lah, umat Melayu yang asalnya hidup nomad dan merempat berubah menjadi berdaulat.

Hadirin Jumaat sekalian,

Apa yang dinyatakan sebentar tadi hanyalah himpunan pengetahuan kita melalui kisah-kisah generasi terdahulu yang termaktub dalam buku-buku sejarah. Hanya disebabkan kita pada hari ini mendapat Islam dan iman menjadi bukti kepada kebenaran kisah-kisah tadi.

Hakikat dan realiti yang kita lalui adalah berbeza. Kita adalah suatu generasi yang semenjak dilahirkan tidak pernah melihat negara Islam bahkan jauh sekali untuk merasai nikmat berada di bawah naungan khilafah, perundangan, dan ketamadunan Islam. Apa yang kita kecapi adalah hasil tamadun Barat yang berusaha melunturkan jiwa iman dan taqwa dalam dada-dada kita.

Pada hari ini kita dapat melihat umat Islam namun wanita-wanita mereka mendedahkan aurat. Apa yang kita lihat hari ini adalah umat Islam yang anak-anak mudanya leka dengan hiburan dan melalaikan. Mencuri, merompak, membunuh, dan merogol adalah budaya yang hidup subur dalam masyarakat Islam hari ini. Musuh-musuh Islam menyatakan mereka sendiri tidak perlu lagi untuk merompak harta umat Islam, membunuh jiwa-jiwa mereka, malah mencabul dan merogol anak-anak gadis dan wanita Muslim lantaran umat Islam sendiri telah melaksanakannya dalam kehidupan seharian mereka.

Semua ini berlaku disebabkan kaum Muslimin meninggalkan ajaran-ajaran Islam. Nama Muhammad Rasulullah hanya meniti di bibir-bibir sahaja yang menyatakan kita cinta dan rindu padanya, namun akhlak dan perilaku Baginda s.a.w tidak pernah terbayang di tubir mata kita untuk ditiru dan dijadikan idola dalam kehidupan seharian. Umat Islam telah lama meninggalkan ibadah solat, puasa, dan zakat. Jauh sekali untuk mempersiapkan diri dan keluarga pergi berjihad. Menunaikan haji tidak lain dan tidak bukan hanyalah berjalan-jalan dan melancong semata-mata. Inti patinya tidak dihayati dan ibadah tersebut tidak mendatangkan sebarang kesan dalam kehidupan. Masih seperti sebelumnya. Masih lagi dedah aurat, masih mencuri, masih rasuah, masih riba, masih berjudi, masih merompak, masih mencabul, masih berzina, masih merogol, bahkan masih membunuh. Meskipun berkali-kali umat Islam pergi haji dan semakin ramai yang menunaikannya sehingga Arab Saudi terpaksa meluaskan lagi Masjidil Haram, namun sekembalinya mereka, undang-undang Islam masih belum terlaksana, bahkan menentang pula orang-orang yang ingin menegakkan Islam sebagai agama dalam bernegara.

Sidang Jumaat sekalian,

Dari sini timbulnya persoalan-persoalan di benak kita. Selamanyakah umat Islam akan duduk dalam keadaan seperti ini? Apakah umat Islam tidak mungkin lagi akan bangkit? Apakah bangsa Cina dan India di Malaysia akan terus kufur lantaran lemahnya Islam di tangan Melayu? Apakah kebangkitan Islam hanyalah retorik dan omongan kosong semata-mata? Benarkah Yahudi, Amerika Syarikat dan sekutunya akan terus menghina kita dengan menjajah pemikiran kita? Kenapakah dengan kesyumulan Islam, kita tidak mampu menjajah balas mereka? Bagaimanakah nasib generasi-generasi selepas kita, adakah mereka akan semakin jauh dengan Islam atau mereka adalah pelopor-pelopor kebangkitan Islam hasil didikan tangan kita?

Persoalan-persoalan ini perlulah kita ambil dan jadikannya sebagai muhasabah. Kita koreksi diri dengan bertaubat dari semasa ke semasa atas kelemahan dan ketidakmampuan yang ada pada diri kita. Taubat yang bukan sekadar rayuan dan tangisan semata-mata. Namun, taubat yang menghasilkan tindakan yang proaktif, membuahkan amalan positif, sekali gus menjadikan diri kita sebagai Muslim yang menyumbang kepada kebangkitan dunia Islam kini. Perlunya kita kembali kepada al-Quran dan al-Sunah. Mendampingkan diri dengan ulama-ulama dan ilmuan Islam yang amanah, soleh, dan jujur.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Janganlah kita menunggu dan menanti masa yang terluang, ini kerana kita sentiasa sibuk. Namun, marilah sama-sama kita meluangkan masa untuk al-Quran dan al-Sunnah. Membaca dan mentadabbur ayat-ayat Allah SWT. Mengamati dan menghayati hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Berazam dan berdoa kepada Allah supaya diri kita dipilih-Nya untuk menjadi pejuang-pejuang agama Allah sekali gus mati sebagai salah seorang syuhada’. Usia muda atau tua, lemah atau kuat, cerdik atau tidak, tidak lagi menjadi persoalan. Ini kerana hidayah dan taufiq Allah merentas semua perkara tersebut.

Jika kita mengamati dan mendalami pembacaan kita terhadap ayat-ayat Allah, maka kita akan mendapati di sana banyak kisah-kisah yang memberikan motivasi kepada kita. Kisah-kisah yang menjadi dalil dan bukti bahawa Allah bersama-sama dengan orang yang memperjuangkan Islam dan memberikan anugerah kemenangan serta kemuliaan kepada mereka. Sebaliknya Allah SWT telah menghina dan mengalahkan musuh-musuh-Nya.

Di antara khabar gembira daripada al-Quran mengenai petanda kemenangan Islam ialah apa yang diceritakan oleh al-Quran kepada kita mengenai kisah para Rasul bersama orang-orang beriman, kaum-kaum mereka, dan penentang-penentang mereka yang musyrik, juga bagaimana kesudahan baik untuk para Rasul dan orang-orang beriman serta kehancuran dan kemusnahan yang dialami oleh mereka yang menentang Allah dan mendustai para Rasul.

Ini dapat kita lihat menerusi kisah Nabi Musa a.s dengan kaumnya yang berhadapan dengan Fir’aun dan para talibarutnya. Bagaimana Allah menukarkan Bani Israil di tangan Musa a.s daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lain. Allah menenggelamkan Fir’aun bersama tenteranya dan Allah membuktikan kehendak-Nya dengan memberikan kekuasaan kepada golongan yang lemah serta Allah menghapuskan kekuasaan golongan yang melampau dan angkuh.

Firman Allah SWT:

šŸŸƒšššš Maksudnya:

Sesungguhnya Fir’aun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya dia adalah dari golongan yang membuat kerosakan. Dan Kami hendak berihsan dengan memberi pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikannya pemimpin-pemimpin serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Fir’aun dan kaumnya). Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Fir’aun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang tertindas itu.”

(Surah al-Qasas: 4-6)

Kehendak ketuhanan telah mengherdik Fir’aun, talibarut, dan tenteranya. Sedangkan sebelum ini mereka menyembelih anak-anak lelaki Bani Israil agar tidak lahir dari kalangan mereka orang yang akan menghancurkan kekuasaan mereka. Tiba-tiba kanak-kanak yang dijanjikan itu telah masuk ke dalam istana Fir’aun dengan kehendak Allah, lalu dia membesar dan dipelihara di bawah pengawasan Fir’aun sendiri sedangkan dia tidak tahu apa yang berlaku.

Ini didasari dengan Firman Allah:

šžš šMaksudnya:

“Setelah itu dia dipungut oleh orang-orang Fir’aun, kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan mereka menjadi dukacita, sesungguhnya Fir’aun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.”

(Surah al-Qasas: 8)

Lalu berlakulah apa yang berlaku pada Nabi Musa a.s dan Fir’aun sebagaimana yang diceritakan oleh al-Quran kepada kita secara terperinci. Allah SWT telah mengutuskan Musa a.s sebagai Rasul kepada Fir’aun dan kaumnya, bersama baginda adalah saudaranya Harun a.s. Lalu berlakulah pertemuan dan pertemuan yang berakhir dengan kekalahan Fir’aun di tangan para ahli sihirnya sendiri yang akhirnya tunduk meluru sujud sambil mereka berkata:

Maksudnya:

“Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam. (Iaitu) Tuhan bagi Musa dan Harun.”

(Surah al-A’raf: 121-122)

Lalu Fir’aun pun menggila, memberikan ancaman, amaran dan merancang menyusun tindakan untuk menghancurkan Musa a.s. Lalu Allah mewahyukan kepada Musa a.s agar lari pada tengah malam bersama pengikutnya kerana mereka pasti akan diburu oleh Fir’aun. Firman Allah:

ŸŸMaksudnya:

“Maka Fir’aun mengutuskan (orang-orangnya) ke bandar-bandar untuk mengumpulkan (tenteranya). (Sambil berkata): Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah golongan yang kecil. Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah. Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga. Dengan sebab itu maka Kami jadikan mereka (Fir’aun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan mata air. Dan juga dari khazanah-khazanah kekayaan dan tempat tinggal yang mulia. Demikianlah keadaannya, dan kami jadikan semua peninggalan Fir’aun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.”

(Surah al-Syuara’: 53-59)

Sidang Jumaat sekalian,

Akhirnya, Fir’aun ditenggelamkan oleh Allah SWT dan memberikan kemenangan kepada Nabi Musa dan para pengikutnya. Firman Allah:

ŸƒŽŠŒŸŠžŸƒŽŠŠšƒŽƒšMaksudnya:

“Dan kami memungkinkan Bani Israil melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Fir'aun dan bala tentaranya, Karena hendak menganiaya dan menindas (mereka); hingga bila Fir'aun itu Telah hampir tenggelam berkatalah dia: "Saya percaya bahwa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)". Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal Sesungguhnya kamu Telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan. Maka pada hari Ini kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan Sesungguhnya kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan kami.”

(Surah Yunus: 90-92)

بارك الله لي و اكم بالقآن العظيم، ونفعني وإيّاكم بما فيه من الآيات و الذكر الحكيم، و تقبّل الله منّي ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم. أقول قول هذا و أستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات، فاستغفروه فيا فوز المستغفرين، ويا نجات التاءبين.