Sunday, January 9, 2011

Depan Rumah Pun Boleh Kena Saman...

ALOR GAJAH 9 Jan. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan termasuk jalan kampung dan kawasan perumahan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, ia berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang telah diluluskan oleh Dewan Negara, 22 Disember lalu.

Katanya, penguatkuasaan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan Persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran." (Utusan Malaysia Online)

Ketika membaca laporan tersebut, ada beberapa perkara yang berlegar dalam fikiran saya, antaranya ialah:

1. Boleh tak orang-orang yang buat jalan secara persendirian atau komuniti masyarakat di kampung-kampung buat kutipan cukai jalan sendiri. Keluarkan saman sendiri ke, buat tol sendiri mungkin untuk 'cover' kos maintain jalan mereka buat lebih-lebih lagi semasa ekonomi sekarang harga minyak naik. Kalau mereka penat-penat buat jalan, tiba-tiba orang lain kutip cukai, saman, rasa macam masih dijajah, tak merdeka la...

2. Lepas ni, kalau kenderaan-kenderaan yang menggunakan lebuh raya, jalan persekutuan, dan jalan raya negeri masih tak cukup untuk dikutip saman mereka, JPJ akan buat roadblock dan sewenang-wenangnya mengeluarkan saman asalkan ia berlaku atas jalan yang dilalui kenderaan.

3. Akta baru ni bukan untuk rakyat, tapi untuk ...

4. Mungkin ada faedahnya, tapi tak banyak. Yang paling banyak, ialah beban kepada rakyat. Lepas ni, pak cik-mak cik yang nak pi motong getah, yang nak pi 'cok' sawit, yang nak kait kelapa, pastinya akan menghadapi kesukaran. Nak kena ada roadtax, pakai helmet, lesen kena hidup. Padahal, perkara itu sebelum ni tak pernah jadi isu. Belanja anak sekolah akan susut, keperluan rumah kena kurangkan lagi, duit semua kena bagi kat kerajaan.

5. Yang pastinya, mat-mat rempit memmang tak suka Akta ni.

No comments: