Dua minggu sudah, saya menggagau ke banyak kedai buku untuk mencari buku kontroversi ini. Oleh kerana buku ini separa akademik, berunsur politik pembangkang, malah berunsur kritikan kepada PAS sedia ada, maka buku ini agak sukar dicari dikedai-kedai buku biasa. Orang PAS pun tak jual. Mungkin kebanyakan mereka menolak. Akhirnya, saya mendapat tahu ia dijual di kedai buku POPULAR di Bandar Perda, Seberang Prai. Itu pun katanya dah tinggal 4 naskhah. Namun, sebelum sempat ke sana, seorang teman telah berbesar hati mendapatkannya untuk saya. Thanks.
Setelah tamat membaca buku ini, alhamdulillah, Ahad lalu (16hb Jan 2011) saya berkesempatan mengikuti program diskusi buku "Menuju PAS Baru" bersama dengan Dr. Mujahid Yusuf Rawa sebagai penulis dan guru saya, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin selaku pengulas akademik. Program anjuran Ilham Centre di Dewan Millenium Pulau Pinang ini mendapat sambutan dari banyak pihak.
Antara yang hadir ialah masyarakat setempat terdiri dari orang kebanyakan dan ahli PAS sendiri, remaja, dan tak kurang juga mahasiswa-mahasiswa dari kampus-kampus berhampiran. Yang agak mengejutkan, ada juga yang sanggup datang dari jauh, antaranya dari Kulim, Baling, dan Perlis. Saya cukup yakin, idea Dr. Mujahid ini adalah sangat relevan buat generasi baru sekarang.
Secara umumnya, roadshow pembentangan dan diskusi ini bolehlah dinilai berjaya dalam siri di Utara ini.
DUA TEORI BESARSetelah tamat membaca buku ini, alhamdulillah, Ahad lalu (16hb Jan 2011) saya berkesempatan mengikuti program diskusi buku "Menuju PAS Baru" bersama dengan Dr. Mujahid Yusuf Rawa sebagai penulis dan guru saya, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin selaku pengulas akademik. Program anjuran Ilham Centre di Dewan Millenium Pulau Pinang ini mendapat sambutan dari banyak pihak.
Antara yang hadir ialah masyarakat setempat terdiri dari orang kebanyakan dan ahli PAS sendiri, remaja, dan tak kurang juga mahasiswa-mahasiswa dari kampus-kampus berhampiran. Yang agak mengejutkan, ada juga yang sanggup datang dari jauh, antaranya dari Kulim, Baling, dan Perlis. Saya cukup yakin, idea Dr. Mujahid ini adalah sangat relevan buat generasi baru sekarang.
Secara umumnya, roadshow pembentangan dan diskusi ini bolehlah dinilai berjaya dalam siri di Utara ini.
Dalam penulisan beliau, Dr. Mujahid telah mengutarakan dua teori besar yang menjadi tunjang kepada penulisan beliau iaitu 'Teori Lekuk S Pembelajaran' dan 'Teori Krisis'. Lekuk S Pembelajaran bermaksud adanya titik permulaan dalam bentuk graf yang semakin meningkat dan menuju ke puncak sebelum menurun semula. Ia seperti bentuk S yang condong. Teori krisis pula ialah faktor-faktor pertembungan dan gelodak yang menyebabkan lemahnya sesuatu lekuk dan mendorong kemunculan lekuk baru.
Hakikatnya, idea ini telah berlegar di kalangan mahasiswa sebelum terbitnya buku "Menuju PAS Baru" lagi. Bahkan lebih tepat untuk saya katakan, sebelum Dr. Mujahid mendapat Ph.D beliau dari UM. Sewaktu saya masih mahasiswa di UM dulu, dalam banyak pertemuan bersama beliau, idea-idea Lekuk Ketiga ini telah banyak dikumandangkan.

Dr. Mujahid telah mengetengahkan lekuk kedua sebagai 'kepimpinan ulama' dan lekuk ketiga yang akan terbentuk akan datang ialah 'menasionalkan PAS'. Oleh kerana idea ini agak baru dalam masyarakat khususnya ahli PAS sendiri, maka rata-rata membantah dan menyatakan seolah-olah Dr. Mujahid mengatakan kepimpinan ulama dalam PAS kini lemah dan sedang mengalami penurunan dalam grafnya.
Pada saya, normal la. Dr. Mujahid pun ada kata, PAS bukan parti yang dipimpin oleh Malaikat, ahlinya Malaikat, dan penyokong serta pengundinya Malaikat. Hakikatnya, PAS adalah organisasi yang kompleks yang dianggotai oleh berbagai jenis orang. Amat malang lah PAS kerana telah mempunyai ahli yang ta'sub sehingga men'taqdis'kan PAS. Ahli yang sebegini akan menolak sebarang idea perubahan dan tidak dapat berfikir jauh dan lebih luas dari itu.
KEMPEN DAN KESUNGGUHAN
Saya kagum dengan kesungguhan yang ditonjolkan oleh Dr. Mujahid. Beliau sanggup berhempas pulas mengkaji berkaitan dengan PAS dalam tesis Phd nya sekali gus menjadikan PAS dan sejarahnya bertaraf akademik. Saya ingat, tak ada lagi setakat ini tokoh-tokoh PAS yang berbuat begitu. Kebanyakan tokoh yang ada pun, tajuk Phd nya tak berkaitan pun dengan gerakan Islam.
Selain mengkaji dan menulisnya sebagai hasil akademik, Dr. Mujahid sendiri adalah AJK PAS Pusat. Beliau dalam masa yang sama juga merupakan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat. Dewan ini juga tertubuh antaranya adalah hasil usaha gigih beliau untuk menonjolkan PAS adalah untuk semua, PAS for ALL.
Dengan kesungguhan yang beliau telah tonjolkan, harusnya pimpinan tertinggi dalam PAS mengambil perhatian penting terhadap usaha ini. Ia bukan datang dari hasil angan-angan orang-orang kebanyakan, tapi hasil kajian akademik. Pada saya, suatu kesilapan besar para pimpinan tidak memberikan perhatian dan membiarkan idea ini menyerap masuk ke dalam masyarakat tidak melalui mereka.
Dr. Mujahid ada mengatakan idea ini adalah untuk generasi muda kini, ia tidak bersifat 2 atau 3 tahun ke depan, namun 20 atau 30 tahun akan datang. Tidak mustahil juga lekuk ketiga ini akan mengalami zaman penurunannya pada penghujungnya dan diganti dengan lekuk keempat.
Apapun, Dr. Mujahid akan terus bergerak. Beliau akan ke Selatan, Timur, dan Tengah tanah air dalam siri-siri 'roadshow'nya akan datang.
KESIMPULAN
Walaupun agak simplistik, saya bersetuju dengan Dr. Mujahid dan saya mengandaikan lekuk keempat adalah bagaimana PAS sebagai peneraju utama kerajaan persekutuan. Ia mungkin dalam bentuk yang lebih praktikal dari yang dibayangkan kini. Namun, ia boleh berubah kepada bagaimana PAS sebagai suatu parti dibawah kerajaan PR. Semuanya itu bergantung kepada bagai mana lekuk ketiga ini muncul dan mengalami perkembangannya. Iaitu sama ada secara normal atau terencat.

3 comments:
"Amat malang lah PAS kerana telah mempunyai ahli yang ta'sub sehingga men'taqdis'kan PAS. Ahli yang sebegini akan menolak sebarang idea perubahan dan tidak dapat berfikir jauh dan lebih luas dari itu."
adakah anda tujukan kepada Us Zaharuddin dan Us Syed Kadir al-jofrie dan sesetengah kepimpinan Pemuda termasuk pimpinan ulama yg menolak buku ini???
Kepada Sdr Sirr al-Asrar, terima kasih atas kesudian mengunjung dan memberikan komen anda.
Kenyataan tersebut asasnya saya tidak tujukan kepada sesiapa secara khusus. Ia lebih merujuk kepada cara berfikir sebahagian pihak yang pada saya mereka silap. Namun begitu, penolakan buku itu secara ilmiah sangat dialu-alukan. Janganlah buku tersebut ditolak mentah-mentah tanpa sebarang hujah/dalil/data yang lengkap, rasional, dan ilmiah.
Saya mencadangkan supaya ada lagi tesis2 Phd berkaitan dengan PAS sebegini. Idea yang kontra adalah lebih baik.
Sekian.
Kat mana ada jual buku ni?tolong PM saya 0192490357. Tgh cari buku ni
Post a Comment