Wednesday, November 3, 2010

ALASAN LOGIK TERHADAP SYARAT-SYARAT HADiTH SAHiH

Oleh: MuÍammad ×ÉfizuddÊn bin AbÊrerah

×adÊth bermakna sesuatu yang disandarkan kepada Nabi s.a.w sama ada perkataan, perlakuan, perakuan, dan sifat Baginda s.a.w sama ada secara tabi’i atau yang perlukan kepada usaha. ×adÊth Nabi s.a.w adalah dalil dan hujah dalam melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Dalam Islam, ÍadÊth merupakan sumber kedua selepas al-Quran. Ia wajib dirujuk oleh umat Islam memandangkan Íadith adalah tafsir bagi al-Quran itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, sebagai umat Islam kita wajib memastikan hadith-hadith Nabi s.a.w yang sampai kepada kita adalah benar-benar tulen dan terpelihara keasliannya. Menyedari peri pentingnya perkara ini, ulama dalam bidang hadith telah meletakkan syarat-syarat sesebuah hadith sahih. Syarat-syarat tersebut ialah:

i. Sanadnya bersambung sehingga ke Nabi s.a.w.

ii. Perawinya adalah manusia yang adil.

iii. Perawinya adalah manusia yang ÌabiÏ.

iv. ×adÊth tersebut selamat daripada syaz (ganjil).

v. ×adÊth tersebut selamat daripada ‘illah (cacat).

Berikut adalah alasan-alasan logik mengapa syarat-syarat ini ditetapkan oleh ulama-ulama dalam bidang ÍadÊth.

i. Sanadnya Bersambung (اتصال سنده)

Maksud sanad bersambung ialah, ÍadÊth yang disampaikan oleh Nabi s.a.w itu berpindah dari suatu generasi ke suatu generasi yang lain yang mana individu-individu tersebut saling bertemu. Rantaian ini berterusan sehinggalah hadith-hadith Nabi s.a.w dihimpun dan dibukukan. Ini adalah bertujuan memastikan siapakah pembawa-pembawa hadith tersebut. Perawi-perawi tersebut dapat dikenali dan diketahui keadaan mereka, kehidupan mereka, dan yang paling penting adalah kelayakan mereka untuk menyampaikan hadith.

Sekiranya sanad terputus, mustahil ÍadÊth tersebut dapat sampai ke generasi-generasi selepasnya melainkan terdapat penyelewengan dan penipuan dalam penyampaian ÍadÊth tersebut. Selain itu, pada bahagian sanad yang gugur tersebut juga tidak dapat dikenalpasti perawinya. Adakah benar-benar layak atau tidak. Ini menyebabkan sekira sanadnya putus, maka timbul keraguan bagi ulama ÍadÊth pada status ÍadÊth- ÍadÊth tersebut.

ii. Perawinya Adil

Selain memastikan sanadnya bersambung, ulama-ulama ÍadÊth juga menilai kepada individu-individu yang memindahkan ÍadÊth tersebut. Antara kriteria yang dilihat ialah:

  1. Islam

Perawi tersebut hendaklah Muslim. Ini kerana sekiranya ia kafir, bagaimana kita dapat meyakini apa yang disampaikannya mengenai Nabi sedangkan ajaran yang dibawanya itu tidak diikuti.

Orang yang tidak Muslim tidak diikat dengan dosa atau pahala. Dia juga tidak merasakan peri pentingnya ÍadÊth- ÍadÊth untuk dipelihara keasliannya. Namun begitu, selepas ia menganut Islam, ÍadÊthnya diterima.

  1. Baligh

Orang yang telah baligh bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya. Berbeza dengan kanak-kanak.

Umur baligh adalah usia matang seseorang, kanak-kanak meskipun berilmu tinggi pada hakikatnya usia mereka masih belum matang.

Selain itu, taklifan agama dipertanggungjawabkan kepada Muslim yang telah baligh.

  1. Berakal

×adÊth tidak boleh diambil daripada orang gila. Ini kerana, ia akan mendatangkan fitnah yang besar kepada agama. Masakan agama yang suci ini diambil daripada orang gila.

Lazimnya orang gila tidak mengetahui apa yang dibicarakannya atau perkara yang dilakukannya. Sekiranya agama ini diambil daripada orang yang tidak berakal, generasi-generasi kemudian akan rosak dan kehilangan punca.

  1. Tidak fasik

×adÊth tidak boleh diambil daripada orang yang lazim melakukan dosa. Sekiranya dia sering melanggar perintah Allah, tidak mustahil ia meriwayatkan ÍadÊth berdasarkan nafsunya sebagaimana dia sering menurutinya dalam perkara seharian.

×adÊth perlulah diambil daripada orang yang beramal dan berpegang teguh dengan Islam. Selain ÍadÊthnya diyakini, dirinya sendiri boleh dijadikan contoh dan iktibar oleh generasi selepasnya.

  1. Memelihara maruah

×adÊth tidak boleh diambil daripada orang yang maruahnya telah tercemar. Ia akan menjadi fitnah sekiranya ÍadÊth tersebut diambil daripada orang yang tidak dipandang mulia oleh masyarakat.

Begitu juga individu-individu yang pernah melakukan dosa besar, meskipun mereka telah bertaubat, namun ulama-ulama ÍadÊth tetap tidak mengambil ÍadÊth dari mereka.

iii. Perawinya ÖabiÏ

ÖabiÏ bermaksud memelihara atau menjaga sesuatu ÍadÊth dengan sungguh-sungguh. Ia terbahagi kepada dua iaitu:

  1. Menjaga (ÌabÏ) dari segi hafazan.
  2. Menjaga (ÌabÏ) dari aspek tulisan.

Ia bermaksud perawi tersebut telah meletakkan satu nilai yang sangat tinggi pada ÍadÊth Nabi s.a.w. Perawi tersebut logiknya tidak akan mengambil ÍadÊth tersebut dari sembarangan orang dan meyampaikannya kepada orang yang tidak selayaknya.

iv. Hadith Tersebut Selamat Dari Ganjil (syaz)

Maksud ganjil ialah riwayat perawi thiqah berlawanan dengan perawi yang lebih thiqah daripadanya. Ataupun riwayatnya bertentangan dengan kebanyakan perawi yang setaraf thiqahnya. Sekiranya berlaku keganjilan, atau berlainan dengan yang umum diketahui. Timbul keraguan dan dibimbangi ÍadÊth tersebut berlaku kesilapan pada proses periwayatannya.

v. Hadith Terpelihara Daripada ‘Illat (cacat)

Sekiranya terdapat kecacatan pada suatu ÍadÊth, umpamanya sanadnya terputus, matannya saling berlawanan, atau berlaku pertambahan pada matan dan sanadnya, maka ÍadÊth tersebut terdapat keraguan tan tidak boleh diambil ÍadÊth tersebut sebagai ÍadÊth yang sahih.

Kesimpulannya, para ulama ÍadÊth telah berusaha dengan sedaya upaya mereka untuk memastikan keaslian dan ketulenan matan ÍadÊth.

No comments: