"Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengalu-alukan penganjuran Himpunan Mahasiswa Untuk Malaysia yang berlangsung esok dan berharap ia berjaya menjadi pemangkin bagi memperkasakan gerakan mahasiswa negara dalam seluruh spektrum kehidupan termasuk politik." (malaysiakini)
Kenyataan di atas menunjukkan gerakan mahasiswa kini telah menjadi perhatian KPT dan kerajaan umumnya. Suara-suara dan laungan sebelum ini meski dikritik banyak pihak sebagai 'anjing menyalak bukit', hakikatnya ia menatijahkan hasil.
Tahniah buat adik-adik khasnya dari Gamis, SMM, dan lain-lain front gerakan mahasiswa. Harusnya gerakan ini dikekalkan momentumnya. Himpunan 1.1.11 perlu dijadikan sebagai pemangkin awal sebagai tanda gerakan mahasiswa akan terus mara bagi tahun ini.
Pesanan ringkas buat seluruh pejuang mahasiswa khususnya yang terkini, ketahuilah bahawa generasi-generasi terdahulu tetap akan menyokong kalian. Jangan mudah patah semangat. Dan pastinya generasi-generasi baru inginkan pimpinan kalian.
No comments:
Post a Comment