Thursday, January 6, 2011

Amah oh Amah...



Kebelakangan ini media-media tempatan banyak memainkan isu-isu berkaitan dengan amah/pengasuh terutamanya yang berasal dari negara jiran. Agaknya apa yang boleh kita simpulkan dari video ini:

1. Meskipun ada isu-isu kezaliman yang dilakukan oleh majikan kepada pembantu rumah, namun kes-kes penganiayaan terhadap majikan @ keluarga majikan juga banyak berlaku seperti di atas.

2. Hilangnya pertimbangan dalam mendidik anak-anak adalah berpunca dari amah/pengasuh yang kurang mendapat didikan agama. Mungkin kerana majikan itu sendiri tidak mengambil berat tentangnya. Hakikatnya, majikan tersebut bertanggungjawab untuk memberikan bimbingan keagamaan kepada pekerjanya.

3. Malang sungguh, ada juga majikan yang tidak berhati perut dengan memperlakukan amah/pembantu rumah sebagai pemuas nafsu seks mereka. Kalau ingin dinisbahkan dengan video di atas, amah dalam video tersebut masih ada timbang rasa lagi. Kalau tak ada, rasanya dah lama anak tersebut mati atau hilang diculik.

4. Harusnya bagi setiap amah/pembantu itu hak memilih majikan mereka, bidang tugas yang akan dilakukan, dan jumlah gaji yang berpatutan supaya tidak menjadi isu seperti di atas. Mungkin perlu diberikan tempoh percubaan selama 1 minggu atau tempoh yang lain untuk keserasian dan penilaian. Kiranya salah satu pihak tidak berkenan, mereka bolehlah membuat pilihan yang lain.

Hmm, ini hanyalah pandangan peribadi. Hakikat yang berlaku dalam masyarakat adalah berbeza...

Wallahu A'lam.

No comments: