Setiap hari pasti ada sahaja laporan media mengenai kematian akibat H1N1 sehingga meresahkan penduduk 1Malaysia. Pagi ini saya sempat membelek akhbar BH, laporan menyatakan seorang lagi kanak-kanak berusia 3 tahun menjadi mangsa korban semalam sekaligus meningkatkan jumlah korban kepada angka 70 orang.
Kanak-kanak itu mendapat rawatan awal pada 12 Ogos lalu selepas mengalami demam sawan dan batuk selama dua hari. Bagaimanapun, keadaan beliau semakin tenat dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 13 Ogos lalu dan rawatan antiviral Tamiflu diberikan. Kanak-kanak itu positif H1N1 pada 17 Ogos dan meninggal dunia keesokan harinya. (http://www.bharian.com.my/Wednesday/Nasional/20090825235243/Article/index_html)
Laporan tersebut menyatakan juga sekarang ini seramai 202 pesakit yang sedang menerima rawatan di 82 hospital seluruh negara dan disahkan positif H1N1.
Dari 202 kes yang disahkan H1N1, 42 kes berada di ICU. Daripada 42 kes itu, 38 kes mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik seramai 15 orang, obesiti 9 orang, diabetes 6 orang, 3 kanak-kanak atau bayi, 3 yang hamil atau selepas bersalin,dan Sindrom Down 2 orang.

Bermula berita tentangnya, H1N1 menjadi suatu igauan maut bagi setiap individu yang menndengarnya. Jualan 'mask' semakin meningkat sehingga di sesetengah tempat kehabisan bekalan. Klinik-klinik menjadi sesak dengan tiba-tiba, sekolah-sekolah dan IPT ditutup, pelancong asing dikuarantin, jemaah haji dihadkan, dan macam-macam lagi usaha-usaha yang dibuat. Namun, Malaysia tetap tidak turun dari tangga ke-9 dunia.
Lebih buruk lagi apabila setiap orang yang menghidap demam dijauhi, dipandang sinis seolah-olah sedang melihat malaikat maut yang menunggu peluang mencabut nyawanya juga. Seolah-olah mati akibat H1N1 sangat hina berbanding mati akibat kencing manis, sakit jantung, stroke, dan lain-lain. Ini suatu kepelikan yang maha dahsyat pada masa kini. Walhal, kalau media melaporkan jumlah kematian akibat darah tinggi, batu karang, dan sebagainya saya sangat yakin ia melebihi jumlah yang mati akibat H1N1.
Benar pencegahan adalah sangat perlu dalam menangani sesuatu wabak, tapi ini melampau. Seolah-olah mati itu hanya melalui jalan H1N1. Saya bahkan ingin berkongsi pandangan yang sedikit kontra dari kebiasaan yang difikirkan orang. Seharusnya bila seseorang itu dijangkiti virus H1N1, selain dari mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan, lakukan juga taubat terhadap segala dosa yang dilakukan.
Sekiranya mati akibat H1N1, ia suatu kebanggaan kerana kita sempat bertaubat sebelum mati. Berbanding dengan orang lain yang terus hidup bergelumang dengan dosa.
Pada saya, ajal dan maut di tangan Allah. Kalaupun seseorang itu dijangkiti dan positif H1N1, namun usianya masih panjang, dia tidak akan dicabut nyawanya oleh malaikat maut. Begitulah sebaliknya.
Jadi, hiduplah seperti biasa. Bila ditimpa petaka, segera bertaubat. Sekiranya mati, dah selamat.

No comments:
Post a Comment