“Mmuwahh,” seorang kanak-kanak kecil mencium binatang kesukaannya.
“Hi hi hi,” ketawa kanak-kanak tadi sambil memandang ke arah ibunya.
“Bagus, bagus, mari kita cium binatang lain pula,” kata ibunya melihat kegembiraan terpamer di wajah anak itu tanpa menyedari bahawa kesan ciuman itu membawa padah pada masa akan datang.
“Lihat di sana, ada seekor lagi anak babi yang comel sedang tidur. Cepat peluk dan cium dia sebelum dia bangun,” sambung ibu tersebut. Kanak-kanak tersebut lalu berlari-lari menuju ke arah anak babi tersebut.
“Mmuwah,” sekali lagi. Ibunya bertepuk tangan. Gembiranya saat itu.
Beberapa hari kemudian, kanak-kanak tadi menjadi lesu dan tidak bermaya. Pada dirinya terdapat simptom yang menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Dalam beberapa keadaan, kanak-kanak tersebut cirit-birit dan muntah.
Ibunya berasa sangat bimbang lalu membawanya ke hospital. Setibanya di hospital, doktor yang merawatnya menyatakan bahawa keadaan kanak-kanak itu sangat kritikal dan perlu ditahan dalam wad untuk sementara waktu.
Tidak berapa lama kemudian, kanak-kanak tersebut pun meninggal.
Walaupun kanak-kanak tersebut mencium babi, namun meninggalnya tidak berdosa. Berbanding orang yang meninggal bukan kerana selsema babi, tapi sarat dengan dosa seperti rasuah, menipu rakyat, menindas rakyat dengan ISA, membunuh Altantuya dan Teo Beng Hok, menentang gerakan Islam, tidak berlaku adil dalam pemerintahan, dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment