Hari ini hari ke-3 Ramadhan. Jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Aku baru sahaja selesai mengulang hafazan al-Quran. Malam ini seperti juga dua malam sebelumnya, aku menjadi imam solat Terawih di Surau Taman Damai, Padang Serai.
Tiba-tiba isteriku datang mengingatkanku untuk menemaninya ke Bazar Ramadhan di pekan Padang Serai. Aku tanpa berlengah terus bersiap.

Setibanya di Bazar Ramadhan, aku melihat suasana yang sangat sesak. Penuh dengan manusia yang sibuk berbelanja. Bermacam-macam juadah yang dijual. Namun ada juga yang mengambil kesempatan menjual alatan mainan kanak-kanak, mercun, dan bunga api.
Berjalan-jalan mencari juadah yang ingin dibeli, aku teringat kata-kata ustaz Wan Azhar yang memberi tazkirah Terawih pada Sabtu lalu. Dia menyebutkan bahawa bulan Ramadhan ialah bulan Megasales.
Selain megasales yang kita dapat lihat seperti Bazar Ramadhan, Supermarket dan Hypermarket yang membuat tawaran hebat musim perayaan, dan sebagainya, Allah SWT juga turut membuat tawaran yang sangat besar berbanding hari-hari biasa.
Bulan Ramadhan juga tempat orang meningkatkan amalan, memperbanyak taubat, bersedekah, membayar zakat, dan lain-lain. Setiap amalan ini akan dilipatgandakan oleh Allah SWT.
Sambil melihat-lihat manusia yang sibuk membeli-belah juga, aku merasakan sesuatu yang tidak terhingga dalam diri ini. Rasa sangat bertuah kerana Allah SWT masih memilih aku untuk hidup pada Ramadhan kali ini dan masih ditawarkanNya dengan ganjaran-ganjaran yang ajaib.
Syukur aku ke hadratMu, ya Allah! Berikanlah aku kekuatan untuk beramal dan berjuang di atas jalanMu pada Ramadhan kali ini...
"Abang, dah siap beli. Sikit je hari ni, save bajet. Jom kita balik", tegur isteriku.
"Oh, jom", balasku sambil menyemak baki wang dalam dompet. Alahai, duit makin sikit :p

No comments:
Post a Comment