Menerusi kebanyakan
karya-karya dalam ‘UlËm al-×adÊth dan lain-lain dalam bidang ÍadÊth,
para sarjana ÍadÊth telah mengkategorikan bid’ah kepada dua
bentuk iaitu bid’ah mukaffirah dan bid’ah mufassiqah.[1]
Al-Bid’ah
al-Mukaffirah yang juga dikenali sebagai al-Bid’ah al-KubrÉ ialah
kategori bid’ah yang menyebabkan pelakunya menjadi kufur. Ini kerana ia
melibatkan pengingkaran kepada perintah-perintah syarak yang mutawÉtir
dan dikenalpasti dalam urusan agama sebagai suatu yang mustahak. Selain itu, bid’ah
ini juga melibatkan penyelewengan-penyelewengan dalam perkara akidah yang
menyebabkan penganutnya tergelincir dari landasan Islam.[2] Antara
golongan yang termasuk dalam kategori ini ialah kelompok al-RafÌ al-KÉmil
yang jelas perlakuan melampau mereka dalam mencerca para sahabat seperti Abu
Bakr r.a, Umar r.a, Uthman r.a dan lain-lain. Selain itu, mereka juga dengan
jelas menyebar seruan tersebut kepada masyarakat dan mempengaruhi mereka
dengannya.[3]
Al-Bid’ah
al-Mufassiqah atau al-Bid’ah al-SughrÉ pula ialah kategori bid’ah
yang menyebabkan pelakunya menjadi fasiq. Ini kerana bid’ah tersebut
tidak menuntut para pelakunya melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan mereka
ke lembah kekufuran.[4] Ia
adalah seperti golongan al-KhawÉrij, al-RawÉfiÌ, dan lainnya yang
berbeza dengan Ahl al-Sunnah sedang mereka tidak melampau atau
keterlaluan dalam bid’ahnya.[5]
Berikut ialah beberapa
cabang bid’ah yang masyhur dan jelas bertentangan dengan ijmÉ’
al-Salaf [6]
serta terkeluar dari kelompok Ahl al-Sunnah Wa al-JamÉ’ah:
i.
Al-Sabaiyyah.
Kelompok ini adalah kelompok sesat yang namanya
dinisbahkan kepada individu pengasasnya iaitu ‘Abd Allah bin Saba’ yang
keterlaluan terhadap ‘AlÊ r.a. Mereka mendakwa bahawa ‘AlÊ r.a adalah salah
seorang daripada para Nabi. Mereka kemudiannya melampau dengan menyatakan
bahawa ‘Ali r.a adalah tuhan. Ketika tersebarnya berita ‘AlÊ r.a telah dibunuh
oleh golongan al-NawÉÎib dan al-KhawÉrij, mereka mendakwa bahawa
‘AlÊ telah diangkat ke langit sebagaimana ‘ÔsÉ bin Maryam sedang yang dibunuh
itu adalah lelaki yang wajahnya menyerupai ‘AlÊ r.a.[7]
ii.
Al-KhÉwarij.
Kelompok ini ialah golongan yang telah mengingkari dan
mengkafirkan ‘AlÊ r.a yang mana telah mengadakan majlis TaÍkÊm usai
peperangan SiffÊn sekaligus berlepas diri dari majlis tersebut. Golongan
ini menghukum orang yang bersetuju dengan majlis TaÍkÊm sebagai kafir.
Mereka juga turut mengkafirkan dan memerangi khalifah Uthman r.a beserta
keturunannya. Selain itu, para sahabat yang terlibat dalam peperangan Jamal
seperti ‘Óishah r.a, ÙalÍah r.a, dan al-Zubayr r.a juga turut dianggap sebagai
kafir. Golongan ini turut mendakwa orang yang melakukan dosa besar sebagai
kafir selain berpendirian setiap individu adalah wajib keluar untuk memerangi
pemimpin yang tidak adil.[8]
iii.
Al-NawÉÎib.
Al-NawÉÎib adalah kata
Jamak bagi al-NÉÎibÊ. Golongan ini dinamakan sedemikian kerana telah bermusuhan
dengan ShÊ’ah lantaran pendirian mereka yang marah dan benci pada ‘AlÊ
r.a dan Ahl al-Bayt bahkan mereka mendahulukan sahabat yang lain
berbandingnya.[9]
Umpamanya mereka lebih mengutamakan Abu Bakr r.a, dan ‘Umar r.a berbanding
‘AlÊ. Sebahagian tokoh-tokoh ShÊ’ah menggolongkan Ahl al-Sunnah
dengan kelompok al-NawÉÎib ini. Namun hakikatnya Ahl al-Sunnah
berlepas diri dari kelompok ini kerana Ahl al-Sunnah tidak membenci dan
mencerca ‘AlÊ r.a. Selain itu, golongan al-NawÉÎib ini juga turut
mendakwa bahawa tujuan ‘AlÊ r.a berperang adalah kerana ingin mendapatkan harta
dan kekuasaan semata.
iv.
Al-Qadariyyah.
Kelompok ini adalah golongan yang mengingkari al-Qadar
iaitu ketetapan dan ketentuan dari Allah SWT. Mereka adalah orang-orang yang
berkata bahawa perlakuan-perlakuan hamba[10] atau
makhluk adalah dengan kudrat dan keinginan mereka sendiri. Ia bukanlah dari
kudrat Allah SWT dan keinginan-Nya. Kelompok ini dinamakan sedemikian lantaran
terlalu banyak membahaskan mengenai persoalan al-Qadar.[11]
Golongan ini berhujjah dengan menyatakan bahawa kekufuran dan maksiat bukanlah
ketentuan dari Allah SWT, namun ia adalah dimulakan perlakuannya daripada manusia.
Mereka juga turut mentakwilkan al-Fitrah bukan dengan makna Islam.[12]
v.
Al-Jahmiyyah.
Golongan ini dinisbahkan kepada pengasasnya iaitu Jahm
bin ØafwÉn yang berasal dari Kufah. Mereka bertentangan dengan Ahl al-Sunnah
dalam banyak perkara uÎËl atau pokok dalam Islam umpamanya dalam
persoalan al-Ru’yah dan kethabitan sifat-sifat Allah SWT.[13] Mereka
menafikan bahawa Allah SWT bersemayam di atas ‘Arash-Nya. Mereka turut menafikan
Allah SWT telah bertutur dengan Musa a.s. Selain itu, mereka juga menafikan
bahawa al-Quran adalah kalam Allah SWT.[14]
Golongan al-Jahmiyyah juga mendakwa bahawa nama-nama Allah SWT adalah
makhluk kerana nama tersebut bukanlah apa yang dinamakan iaitu Allah SWT. Mereka
menyatakan bahawa Allah SWT adalah lebih dahulu wujud sebelum nama-nama
tersebut dicipta-Nya. Kemudian nama-nama tersebut manusia nisbahkan kepada-Nya
kembali.[15]
vi.
Al-Tashayyu’ MaÍabbah ‘AlÊ.
Golongan ini ialah kelompok yang cenderung ShÊ’ah
kerana terlalu cinta dan kasih kepada ‘AlÊ r.a sehingga melebihi batasan.
Mereka telah mengutamakan ‘AlÊ r.a berbanding dengan para sahabat yang lain
umpamanya mereka mendahulukan ‘AlÊ berbanding Abu Bakr r.a dan ‘Umar r.a.
Termasuk dalam kelompok ini ialah golongan al-RafÌ atau ShÊ’ah
yang dinamakan sedemikian lantaran mereka terang-terangan dalam membenci para
sahabat selain ‘AlÊ r.a dan Ahl al-Bayt.[16] Mereka
muncul pada zaman Khalifah ‘AlÊ r.a dan pegangan ini terus berkembang sehingga
membentuk pelbagai manhaj dan mazhab.
vii.
Al-IrjÉ’.
Asasnya kelompok ini adalah golongan yang meremehkan amal
berbanding iman. Golongan ini terbahagi kepada dua cabang. Pertamanya ialah
mereka yang mengabaikan untuk meletakkan hukum yang manakah benar antara salah
satu pihak yang saling berperang selepas zaman Khalifah ‘UthmÉn r.a.[17]
Keduanya ialah mereka yang mengabaikan untuk menentukan hukum terhadap orang
yang melakukan dosa besar dan meninggalkan perkara-perkara fardu, akan diazab
dengan neraka. Ini kerana menurut mereka, iman hanyalah pengakuan dan pegangan
keyakinan, manakala amal perbuatan yang mestilah seiring dengan iman menurut Ahl
al-Sunnah adalah tidak mustahak.[18]
viii.
Al-IbÉÌiyyah.
Golongan ini adalah pengikut kepada ‘Abd Allah bin IbÉÌ al-TaymÊ
dan merupakan salah satu dari cabang al-KhawÉrij.[19] Mereka
berpendapat seseorang Muslim yang becanggah dengan mereka adalah terlepas dari
syirik dan iman. Muslim tersebut bukanlah orang yang beriman dan bukan pula
orang yang musyrik, namun dia telah kufur. Dibolehkan kesaksian dari mereka,
diharamkan menumpahkan darahnya dalam keadaan sembunyi, dan dihalalkan menumpahkan
darahnya secara terang, sah untuk menikahinya, serta mewarisi pusaka darinya.
Kelompok ini juga mendakwa bahawa muslim tersebut boleh diperangi kerana Allah
dan rasul-Nya, dia tidak beragama dengan agama yang benar dan dihalalkan
sebahagian harta mereka termasuk kuda, senjata, emas, dan perak untuk diambil
sebagai al-GhanÊmah.[20]
ix.
Al-Qa’idiyyah.
Golongan ini juga adalah cabang dari al-Øafrafiyyah
dan al-KhawÉrij.[21]
Kelompok ini manusia yang menghiasi diri mereka untuk keluar bagi memerangi
para pemimpin namun tidak menyertainya.[22]
x.
Al-WÉqif FÊ al-Qur’Én.
Mereka ialah golongan yang tidak menyatakan pendirian
berhubung isu al-Quran sama ada ia makhluk atau tidak.[23]
xi.
×ashwiyyah.
Golongan ini adalah mereka yang berpegang dengan
perkara-perkara zahir dan pergi kepada al-TajsÊm. Mereka menyatakan
bahawa huruf-huruf, suara, dan bacaan al-Quran adalah qadÊm. Begitu juga
dengan iman dan ruh, kedua-duanya adalah qadÊm.[24]
xii.
Al-FalÉsifah.
Mereka ialah kelompok yang mencampur adukkan
perkara-perkara cabang dalam agama hingga akhirnya mereka tergelincir ke dalam
kekufuran kerana menafikan aspek ketuhanan. Berlakunya demikian kerana mereka
tunduk pada dalil-dalil yang fasad.[25]
[1] MannÉ’ al-QaÏÏÉn (2007), MabÉÍith FÊ ‘UlËm al-×adÊth. Kaherah:
Maktabah Wahbah, cet. 5, hlm. 147.
[2] Ibid.
[3] MuÍammad bin AÍmad al-DhahabÊ (1963), MÊzÉn al-I’tidÉl FÊ Naqd al-RijÉl,
ed. ‘AlÊ MuÍammad al-BajÉwÊ. Beirut: Dar al-Ma’Érif, jld. 1, hlm. 6.
[4] Ibid., hlm. 148.
[5] MuÍammad IbrÉhÊm DawËd IshÍÉdhah al-MËÎalÊ (1985), al-RuwÉh al-LadhÊna
Waththaqahum al-ImÉm al-DhahabÊ FÊ MÊzÉn al-I’tidÉl Wa Qad Takallam FÊhim Ba’Ì
al-NuqqÉd Min ×ayth al-Bid’ah. Makkah: Dar al-Qiblah, hlm. 39.
[6] Ibid., hlm. 42.
[7] ‘Abd al-QÉhir bin ÙÉhir al-TamÊmÊ (t.t), al-Farq Bayna al-Firaq,
ed. MuÍammad MuÍyÊ al-DÊn ‘Abd al-×amÊd. Kaherah: Maktabah al-MadanÊ, hlm. 233.
[8] Ibid., hlm. 73.
[9] MuÍammad IbrÉhÊm DawËd IshÍÉdhah, Op. Cit., hlm. 42.
[10] Af’Él al-‘IbÉd adalah merujuk kepada hamba-hamba Allah SWT.
[11] MuÍammad ‘Abd al-RaÍmÉn bin ‘Abd al-RaÍÊm al-MubarakfËrÊ (t.t), TuÍfah
al-AíwadhÊ Bi SharÍ JÉmi' al-TirmidhÊ. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah,
jld. 6, hlm. 301.
[12] MuÍammad bin ‘Abd al-BÉqÊ al-ZarqÉnÊ (1990), SharÍ al-ZarqÉnÊ ‘AlÉ
MuwaÏÏa’ al-ImÉm MÉlik. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, jld. 2, hlm.
120.
[13] MuÍammad bin ‘Abd al-HÉdÊ al-SindÊ (t.t), ×Éshiyah al-SindÊ ‘AlÉ Sunan
Ibn MÉjah. Jld. 1, hlm. 62.
[14] Al-×usayn bin Mas’Ëd al-BaghawÊ (1983), SharÍ al-Sunnah Li al-ImÉm
al-BaghawÊ, ed. Shu’ayb al-ArnauÏ. Beirut: Maktabah al-Islami, cet. 2, jld.
1, hlm. 187.
[15] Badr al-DÊn al-‘AinÊ al-×anafÊ (2006), ‘Umdah al-QÉrÊ SharÍ ØaÍÊÍ
al-BukhÉrÊ. Jld. 36, hlm. 25.
[16] MuÍammad IbrÉhÊm DawËd IshÍÉdhah, Op. Cit., hlm. 42.
[17] Ibid., hlm. 43.
[18] Ibid.
[19] Ibid. Lihat juga: Badr al-DÊn al-‘AynÊ al-×anafi (2006), Op. Cit.
jld 34, hlm. 417.
[20] ‘Abd al-QÉhir bin ÙÉhir al-BaghdÉdÊ (1977), Op. Cit., hlm. 82.
[21] AÍmad bin ‘ÓlÊ al-‘AsqalÉnÊ (1958), Op. Cit., jld. 1, hlm. 432 dan
460.
[22] Ibid., hlm 432.
[23] MuÍammad IbrÉhÊm DawËd IshÍÉdhah, Op. Cit., hlm. 43.
[24] Ibid.
[25] Ibid.



0 comments:
Post a Comment