Haha, comel tak gambar di atas? Ceria sungguh si Amirah ni. Tak sangka, pejam celik-pejam celik umurnya kini telah mencecah 58 hari. Dah nak masuk 2 bulan. Macam-macam cerita yang telah berlaku sepanjang tempoh tersebut. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang tak tau rasa apa :p
Mengimbau kenangan 57 hari yang lalu, pada 7 Oktober 2009, Amirah telah selamat dilahirkan pada jam 9.07 pagi. Bertepatan tarikh dan waktu itu juga, saya dan isteri telah bertambah status menjadi bapa dan ibu. Hehe. Teringat ketika melaungkan azan dan iqamah ke telinga Amirah dulu, dia asyik tengok je. Habis sahaja iqamah, Amirah terus tidur...
Dulu Amirah kecil sangat, masa lahir beratnya 2.3 kg. Tapi sekarang dah 3.2 kg, alhamdulillah. Dah masuk bulan ke-2 sekarang ni, Amirah dah pandai senyum dan boleh beri respon bila kita cakap dengan dia...
Bila orang ramai datang tengok Amirah, semua orang tanya dia ikut muka siapa. Entahlah, yang penting bukan muka. Kenapa orang tak tanya perangai dia ikut siapa. Harapnya Amirah ikut peribadi mulia dari keturunan sebelumnya.

4 comments:
alhamdulillah....comelnye baby..=)
semoga menjadi mujahidah islam, insyaAllah. belum sempat lagi nak jumpa dengan Amirah ni...
salam.. tahniah bro.. bile pulak turn aku ni...

Post a Comment