Tuesday, February 24, 2009

Ladies Nite: Salah Tafsiran



Pada 21 Februari 2009 yang lalu, JKP Akademik dan Intelektual Kolej Kediaman Kinabalu (KK8) telah mengadakan program yang diberi nama ‘Ladies Day’. Banyak aktiviti-aktiviti berkaitan mahasiswi telah diadakan pada hari tersebut antaranya ialah motivasi kerjaya wanita, bengkel persolekan dan pemakaian tudung, seni mempertahankan diri serta senaman aerobik pada sesi pagi. Pada sesi malamnya pula menampilkan persembahan fesyen wanita.

Biarpun demikian, terdapat beberapa perkara yang sangat kita kesali dan kecewa ialah apabila kita difahamkan persembahan fesyen wanita atau dikenali sebagai ‘Ladies Nite’ pada malam tersebut telah menampilkan persembahan fesyen yang keterlaluan sehingga hampir separuh bogel. Mahasiswi yang menyertainya telah mengenakan pakaian-pakaian yang tidak sepatutnya untuk diperagakan.

Sudah lama kampus UM tidak ada program-program sebegini. Mungkin kerana kita sibuk untuk menjaga nama baik universiti dan berusaha meningkatkan ‘ranking’nya. Tapi bila ‘rating’ dah naik, kita mula alpa. Mula lah kita anjur perkara-perkara yang mengarut. Menjadikan hiburan sebagai ‘substance’ bukan lagi pendekatan. Hawa nafsu diletakkan dihadapan untuk dipuaskan.

Secara umumnya, kita tidak berhajat untuk mengkritik program tersebut secara keseluruhan. Kita menghormatinya sebagai suatu usaha yang dilakukan oleh JTK Kolej untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswi berkaitan dengan dunia mereka sama ada yang sedang dilalui atau bakal dilalui. Bahkan PMAPIUM dengan kerjasama PMIUM dan PERMADAH juga telah menganjurkan Minggu Mahasiswi (MISIS) pada 16 hingga 22 Februari yang lalu.

Namun begitu, ada beberapa persoalan yang kita ingin lontarkan disini. Mungkin dapat sama-sama kita fikirkan. Pertamanya ialah apakah motif utama dianjurkan pertandingan fesyen tersebut? Apakah piawaian yang ditetapkan oleh urusetia kepada peserta-peserta yang menyertainya? Apakah manfaat dan kebaikan yang diperolehi oleh peserta khususnya dan warga kolej amnya? Bagaimana pula dengan perspektif dan pandangan masyarakat disekeliling? Apakah contoh dan budaya yang boleh kita ambil sebagai pengajaran? Dan mungkin banyak lagi peroalan yang timbul.

Persoalan tersebut ditimbulkan supaya kita dapat melihat secara mendalam terhadap konsep dan tujuan sesuatu program diadakan. Sebagai masyarakat mahasiswa, seharusnya ilmu dijadikan asas dalam sebarang aktiviti yang ingin dijalankan. Ini kerana kita merupakan aset harapan masyarakat di luar sana untuk memimpin dan mendidik mereka. Kalau sekiranya kita dikampus melakukan hal yang sebaliknya, maka kita telah membelakangi mereka dan menghampakan harapan masyarakat yang menggunung tinggi.

Tidak dinafikan bahawa sebilangan besar penuntut di IPT dalam negara kita ialah golongan wanita. Sewajarnya mereka diberikan penumpuan yang lebih terutamanya dari aspek aktiviti-aktiviti yang bersifat pembinaan jati diri. Ia sebagai persediaan pada mereka apabila berhadapan dengan masyarakat. Contohnya ialah penerapan nilai-nilai kepimpinan wanita, penguasaan terhadap isu semasa terutamanya berkaitan dengan wanita, pendedahan-pendedahan berkaitan dengan penindasan terhadap wanita, kesan-kesan eksploitasi wanita, dan sebagainya. Semuanya ini memberikan suatu nilai upgrade pada diri seseorang wanita tersebut.

Mungkin klimaks yang kita boleh laksanakan sebagai menggantikan pertunjukan fesyen itu ialah dengan membuat majlis penyampaian anugerah. Peiktirafan dan penghargaan diberikan kepada tokoh-tokoh wanita yang bergiat aktif membangunkan masyarakat sosial dan dalam masa yang sama mempunyai tahap keilmuan yang tinggi. Bukan kepada yang paling seksi.

Ini kerana, martabat dan maruah wanita itu tidak terletak pada zahir batang tubuhnya yang perlu dinilai oleh setiap manusia terutama lelaki. Namun ia terletak pada sejauh mana wanita tersebut membudayakan adab-adab yang baik dan memelihara diri mereka dari sebarang unsur-unsur yang merosakkan.

Buat akhirnya, apa yang dilontarkan di atas merupakan teguran dan nasihat yang sama-sama perlu kita nilai kembali. Kita tidak bertujuan untuk memusuhi sesiapa kerana ia bukan tujuan Islam, namun perkara yang silap hendaklah diperbetuli dan perkara yang mungkar kita akan tentang habis-habisan.

3 comments:

mama3hz said...

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Saya sebenarnya merupakan pelajar Phd dari University of Salford,Manchester,UK. Saya dengan penuh takzimnya memohon untuk pihak Persatuan ini( wakil AJK dari persatuan ini sekurang2nya seorang) untuk menjawab 5 soalan untuk kajian saya ‘The Critical Success Factors for Knowledge Sharing among Malaysian Undergraduate Students’.Tujuan kajian ini adalah ‘to investigate the critical success factors for effective knowledge sharing among undergraduate Malaysian students’. Kajian ini juga lebih kepada kajian perbandingan di mana fokus responden saya adalah pelajar sarjana muda Malaysia di Manchester,Kuala Lumpur dan Sydney. Maklumat tidak akan saya gunakan untuk tujuan selain tujuan yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Soalan adalah seperti di bawah dan jawapan berbentuk point boleh dijawab di bawah setiap soalan. Sekian, terima kasih.

Title of project:
The Critical Success Factors for Knowledge Sharing among Malaysians Students; A Comparative study

Researcher:Nor Intan Saniah Sulaiman N.I.S.Sulaiman@pgr.salford.ac.uk
Supervisor: Dr Maria Burke and Dr Helen Richardson

You’re permitted to answer under the every question as simple as you can

1.0 Sharing knowledge
1.1 Please tell me how you and community members disseminate the information to the community members

1.2 Please tell me what knowledge that normally the community likes to share
(e.g information about learning skills, guidelines life in abroad etc)

1.3 Please tell me how the community share the knowledge
(e.g yahoogroups, facebook, blog, fotopages etc)

1.4 Please tell me either the web 2.0 technology helps in knowledge sharing purpose among the community (e.g myspace, friendster, facebook, photologs, blogspot, wordpress, flickr, fotopages etc)

1.5. Please tell me about the challenging or difficulties handling the community members if knowledge sharing not implemented


Saudara Hafizuddin-saya sebenarnya sudah email kpd email saudara...mungkin saudara terlepas pandang atau sebaganya..harapnya anda dapat memebrikan kerjasama..setidak2nya boleh mohon kepada sekretariat saudara jika saudara tidak berkesempatan memberikan maklumat seperti yang diphon.

mama3hz said...

Saudara Hafizudin, saya cuba mencari ruang untuk post kan soalan2 ini di Portal PMIUM tapi tiada ruanga yang sesuai....Harap saudara tidak keberatan bekerjasama dengan saya.

Nor Intan Saniah Sulaiman

D i a n A z w a said...

umat manusia makin lama makin cetek pengetahuan dan kesedaran agamanya..tu pasal pakaian pon dah macam "baik-tapayah-pakai-baju" kot..

semoga semuanya cepat cepat insaf..